Perpustakaan Digital Dalam Talian

Sukacita dimaklumkan sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya telah membangun akan sebuah laman web yang beralamat : sila klik untuk lihat : http://projectchild.net/main
Laman web ini dibina sebagai inisiatif untuk mengadakan sebuah perpustakaan digital dalam talian yang boleh diakses pada bila-bila masa di mana-mana sahaja bagi P&P BI peringkat rendah.

Di dalam laman web ini, terdapat pelbagai cerita BI yang boleh dibaca para murid. Menariknya cerita-cerita ini ialah kerana kelebihan elemen interaktif dengan ilustrasi,animasi dan suara serta muzik.
Kita sendiri boleh mendaftar dan mempelajari BI secara mudah melalui Modul yang telah disediakan. Ambillah peluang keemasan ini untuk memperbaiki diri kita.

Sekian, terima kasih dan layarilah laman web ini.